Penemuan baharu bolehkan pengecasan penuh dalam 10 minit!

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi bateri masih lagi terbatas pada ketika ini, di mana masa pengecasan dan bilangan stesen yang masih kurang merupakan antara penghalang orang ramai daripada memiliki kenderaan elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, menurut penemuan yang dibuat oleh sekumpulan pengkaji dari Penn State University mendakwa mereka telah berjaya menemukan jenis bateri yang mampu memberikan jarak 322 km dalam masa sepantas 10 minit!

Laporan yang boleh dibaca menerusi jurnal Joule itu mendakwa kunci utama adalah proses pemanasan bateri lithium-ion sehingga 60 darjah Celcius dan disejukkan kembali dalam masa beberapa minit. 

Menurut pengarang laporan tersebut, Chao-Yang Wang "selagi kita mampu mengehadkan masa dedahan bateri kepada suhu yang tinggi, ia mampu meminimumkan kerosakan terhadap bateri tersebut."

Proses pemanasan dan penyejukan secara berterusan sememangnya mampu mengurangkan jangka hayat bateri, namun para pengkaji menggunakan lapisan kerajang nikel yang nipis bagi menyerap tenaga haba, sekaligus mengedarkan caj secara seimbang kepada bateri. 

Penemuan ini mungkin akan memakan masa sebelum ia benar-benar disahkan keberkesanannya, namun ia dijangka bakal mengubah pandangan skeptikal kita terhadap kenderaan elektrik.

Sumber: Popular Mechanic