Penduduk Taman Sri Muda dinasihat letak kenderaan di kawasan tinggi

oleh Penyumbang Rencana|
Penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam dinasihat meletakkan kenderaan mereka di kawasan tinggi susulan hujan lebat berterusan sejak 4 petang Selasa.


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan berkata, tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda juga dibuka untuk orang ramai meletakkan kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

MBSA juga mengingatkan penduduk agar segera menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510581 untuk sebarang kecemasan atau bantuan segera.

 

Jabatan Pengairan dan Saliran setakat jam 6 petang tadi memaklumkan, empat daerah di Selangor dikenal pasti sebagai lokasi berisiko banjir kilat iaitu Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Sepang.

 

 

MBSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…