Penduduk suburban LA bengang dengan peminat Fast & Furious

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, frasa "tuna no crust" yang muncul dalam babak filem 21 tahun yang lalu berjaya menaikkan populariti lokasi kediaman Angelino Height, Los Angeles.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan penggambaran filem kesepuluh Fast X yang sedang berlangsung di lokasi itu, ia juga turut menyebabkan penduduk di sekitar rimas disebabkan kehadiran 'tetamu yang tidak diundang' sejak francais filem itu muncul di layar perak pada tahun 2001.

Menurut laporan Variety, seorang warga tempatan menulis satu emel kepada Los Angeles City Council yang berbunyi:

"Kami ingin membuat protes bagi menghormati 178 orang yang terbunuh disebabkan oleh pelumba jalanan di Los Angeles.

Emel itu juga turut mengkritik Universal kerana terus mempromosikan babak perlumbaan jalanan yang dimulakan sejak dari filem pertama lagi.
 

fast


Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan adalah Bob's Market di mana ia merupakan lokasi fiksyen yang menempatkan kedai keluarga Toretto.

Variety diberitahu semenjak filem pertama ditayangkan, lokasi itu menjadi tumpuan para pencinta modifikasi kenderaan yang sengaja hadir dengan ekzos bising dan melakukan pemanduan donut di tengah jalan.

Malah, beberapa pelumba jalanan terbabit dalam kemalangan yang melibatkan kereta penduduk yang diparkir di tepi jalan sebelum melarikan diri bagi mengelakkan ditangkap.

Ada penduduk yang mendakwa seorang pemandu mengacukan pistol ke arahnya apabila beliau keluar daripada rumah untuk meminta golongan tersebut untuk tidak membuat kacau di kawasan itu.

 

Sumber: Variety