Penduduk Manifee lega, polis kini dilarang keluarkan saman selama satu tahun

oleh Mohamad Hanif|
Sumber gambar: Motortrend
Pasukan polis di sebuah pekan Menifee, Arkansas telah dilarang daripada mengeluarkan saman selama satu tahun, disebabkan sudah terlalu banyak saman yang dikeluarkan melebihi jumlah populasi sebenar bandar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pekan tersebut mempunyai populasi penduduk seramai 302 orang sahaja, namun jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang tahun 2020 adalah sebanyak $120,000 (RM538,200).

Ini bermakna, setiap penduduk di situ termasuk kanak-kanak dan golongan bukan pemandu mendapat saman bernilai bersamaan hampir $400 (RM1,794) setiap seorang.

Ini adalah bercanggah dengan undang-undang di mana sesebuah bandar tidak boleh menjana pendapatan melebihi 30 peratus daripada saman trafik semata-mata.

Menurut peguam pendakwa Tom Tatum, "amat jelas pihak berkuasa bandar tersebut telah mengeluarkan lebih banyak saman berbanding komuniti bersaiz serupa.

 


Dalam pada itu, ketua polis bandar Menifee, John Randle menjelaskan beliau hanya menjalankan tugas, dan angka yang didedahkan itu tidak memberitahu cerita sebenar secara keseluruhan, di mana ada sebahagian daripada sumber pendapatan pada tahun 2020 itu datangnya daripada yuran dan bayaran yang tidak dikutip daripada tahun-tahun terdahulu.

Namun, data yang diperoleh daripada THV11 mendedahkan sepanjang 1 Januari 2018 hingga 24 Ogos 2022, seorang pegawai didakwa menulis sehingga 771 saman, dan tidak ada seorang pun pegawai yang melepaskan pesalah tanpa sebarang amaran.

Ketua Bandar Manifee Gary Green menyifatkan Randle sebagai tidak kompeten, dan tidak mengendahkan permintaannya untuk tidak mengeluarkan saman kepada pesalah yang melebihi 16 km/j daripada had kelajuan yang dibenarkan.

Kini, pasukan polis tersebut dilarang untuk mengeluarkan saman untuk tempoh 12 bulan, dan ini bakal memberikan nafas lega kepada para penduduk di pekan tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…