Penduduk Kepong dan Sentul risau masalah kesesakan trafik akan makin parah

oleh HEZERI SAMSURI|
Penduduk di sekitar Kepong dan Sentul nampaknya sudah bersedia untuk menghadapi kemelut kesesakan jalanraya yang lebih teruk apabila pembangunan dan pembinaan projek-projek kediaman dan komersil semakin rancak dilakukan.

Menurut laporan The Star, penduduk di kawasan itu risau akan prasarana sedia ada tidak akan lagi mampu menampung jumlah penduduk yang semakin ramai, terutama jalan-jalan utama seperti Jalan Besar Kepong dan Jalan Sentul.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Yee Poh Ping, ketua Pusat Perkhidmatan Komuni Kepong, berkata dianggarkan sebanyak 18,000 unit rumah akan siap dalam masa terdekat ini, hasil dari 11 projek yang sedang berjalan sekarang.

"Ia melibatkan pembanguan di sepanjang laluan Jinjang Selatan, Jinjang Utara, Taman Wahu dan Kepong Baru di mana semuanya akan menggunakan Jalan Besar Kepong sebagai laluan utama ke pusat bandar Kuala Lumpur," terang beliau.

"Tidak ada lagi kawasan untuk membesarkan jalanraya tetapi jumlah kenderaan akan pati meningkat," tambahnya.

"Tak cukup dengan itu, laluan dari Jalan Lingkaran Tengah 2 akan disambungkan ke Jalan Besar Kepong dan itu akan menambahkan lagi trafik, di sini," terang Yee.

Yee berkata cadangan telah dihantar ke DBKL dalam tahun 2010 untuk membina beberapa jambatan (flyover) di sepanjang Jalan Kepong Besar untuk mengatasi masalah 12 simpangan berlampu trafik di situ.

"Pelan cadangan itu diluluskan tetapi kemudiannya dibatalkan tanpa sebarang alasan," dakwa Yee.

Masalah yang sama juga dihadapi oleh penduduk kawasan Sentul.

Menurut Datuk VM Panjamorthy, seorang penduduk di Sentul, semakin banyak kondominium dibina tetapi jalanraya kekal sama.

"Ada lebih kurang lapan projek pembangunan sedang dijalankan di sini dan jalanraya sedia ada sudah semakin sesak," katanya.

Panjamorthy berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kelak untuk berbincang tentang perkara ini.

Bagi pendapat penulis, pembangunan bandar memang memerlukan perancangan kerana aliran trafik keluar masuk dari sebuah kawasan itu perlu dikira.

Bangi, Sri Kembangan dan pelbagai kawasan lain turut mengalami masalah yang sama.

Namun begitu, kadar kepadatan penduduk memang akan semakin meingkat dan melebarkan jalanraya atau membina jambatan bukanlah cara penyelesaian mutlak, tetapi lebih bersifat sementara.

Kuala Lumpur belum lagi menjadi sesak seperti Bangkok atau Jakarta. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di sana supaya kita boleh membuat perancangan yang lebih bijak.


* Laporan asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bukan itu saja, puluhan kereta yang kebanyakannya jenis Proton Waja dengan nombor pendaftaran…
Berita Domestik
Katanya, kawasan meletak kenderaan yang terhad menyebabkan berlaku kesesakan di sepanjang laluan…
Informasi
Jelas syarikat tersebut, TTA membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka, di samping…