Penduduk Kentucky rupanya tak reti guna bulatan!

oleh Mohamad Hanif|
Konsep sesebuah persimpangan bulatan adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan dan melancarkan aliran trafik di sesetengah tempat, dan adakalanya bulatan menjadi sebahagian daripada identiti tempat itu sendiri, seperti contoh Shah Alam Darul Bulatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun di sesetengah tempat di Amerika Syarikat, konsep persimpangan bulatan itu sendiri merupakan sesuatu yang sangat aneh, seperti apa yang dialami oleh penduduk di Kentucky.

Persimpangan bulatan itu baharu sahaja dibina bagi melancarkan aliran trafik, memandangkan setiap hari kira-kira 4,000 buah kenderaan melalui jalan Route 601 dan 801 di Morehead, Kentucky.

 


Malah persimpangan empat yang asal mempunyai reputasi sebagai lokasi yang kerap mengalami kemalangan walaupun lampu isyarat, papan tanda dan beberapa alat kawalan trafik telah pun dipasang.

Gelagat penduduk Kentucky yang terkial-kial menggunakan persimpangan bulatan baharu itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna Reddit, EVOSexyBeast menerusi Subreddit IdiotsInCars.

Menurut laporan TheDrive, keadaan tersebut terjadi akibat kurangnya pendedahan terhadap konsep persimpangan bulatan, sehinggakan pihak berkuasa Kentucky Transportation Cabinet terpaksa memuat naik sebuah video bagi mengajar penduduk di sana cara menggunakan bulatan.

 

Sumber: TheDrive

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur meminta individu terbabit serta pemandu kereta…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo!, kejadian jam dua petang itu turut melibatkan lima kenderaan lain, dan…
Berita Domestik
  Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan motosikal jenis Yamaha.   "…