Pendatang baharu arena EV China - Enovate ME7

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Saban hari, ada sahaja syarikat automotif baharu yang timbul dari tanah besar China, sehinggakan kami sendiri pening mengira jumlah yang kian meningkat. 

Ini juga membuktikan bahawa pasaran China sememangnya sangat-sangat besar, dan kerajaan China juga sangat serius mengutamakan barisan kenderaan EV menguasai jalanan mereka. 

Memperkenalkan sebuah lagi syarikat baharu yang memasuki pasaran China, iaitu Enovate Motors dengan produk sulung mereka, Enovate ME7. 
 


Rekaan luaran Enovate ME7 ini memang menarik dengan angka drag coefficient dicatatkan sekitar 0.28cd sahaja. 

Uniknya, Enovate ME7 turut dilengkapi dengan sistem pengecaman wajah FACE ID yang mampu menyimpan segala tetapan anda seperti posisi kedudukan, posisi cermin, senarai muzik kegemaran malah lampu nyalaan suram juga!

Memandangkan SUV ini mempunyai sambungan internet 4G sepanjang masa, anda boleh mengakses jutaan kandungan dalam talian dengan mudah. 
 


SUV ini turut mempunyai sehingga lima skrin paparan yang boleh dihubungkan menerusi sistem perbualan membolehkan para penumpang bermesej sesama sendiri tanpa perlu bercakap walau sepatah pun. 

Dari segi pemanduan, SUV ini akan hadir dengan ciri keselamatan Pilot Assist iaitu sistem pemanduan autonomi Level 2.5. 
 


Enovate ME7 bakal diperkenalkan secara rasmi pada acara Shanghai Auto Show bulan hadapan.