Pendakwaraya Jepun bakal tangkap Ghosn semula

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Carlos Ghosn, CEO lagenda industri automotif yang masih ditahan di Jepun bakal ditangkap semula atas tuduhan baharu bila ia waktu penahanan beliau tamat 10 Disember ini.

Langkah itu akan memastikan Ghosn tidak dapat keluar dari tahanan sehingga hujung tahun 2018.

Ghosn sekarang ini ditahan sehingga 10 Disember untuk disiasat atas alasan bersekongkol dengan Greg Kelly, Wakil Pengarah Nissan untuk menyorok separuh dari pendapatan sebenar beliau (US$88 juta) selama lima tahun, bermula dari 2010.

Menurut akhbar Sankei, pihak pendakwaraya bercadang untuk menahan Ghosn dan Kelly pada 10 Disember sekali lagi atas tuduhan yang sama, tetapi untuk tahun 2015 sehingga 2017.

 

 

Jika penahanan baharu itu diluluskan, Ghosn akan terus berada di dalam tahanan pihak berkuasa Jepun sehingga 30 Disember.

Undang-undang Jepun membenarkan saspek jenayah ditahan selama 10 hari dan ditambah selama 10 hari lagi dengan kebenaran tuan hakim.

Selepas hari ke-10, tuduhan perlu dilakukan atau saspek dibenarkan pulang. 

Proses itu boleh diulang untuk memastikan saspek kekal dalam tahanan selama berbulan-bulan.