Pendaftaran nama Proton S30, S50, V50, V70, C50 dikesan dalam MyIPO

oleh Mohamad Hanif|
Selepas tanda dagangan Proton X50 didaftarkan, terdapat beberapa nama baharu yang turut kelihatan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan maklumat daripada rakan media kami, Funtasticko, boleh dikatakan kesemua nama tersebut kini tampil lebih ringkas seakan mengikut jejak langkah Volvo di dalam penamaan model-model kenderaan mereka. 

Ini termasuklah pendaftaran huruf S, V, C dan juga PS

 


Berdasarkan format penamaan yang dibuat sebelum ini, X (di dalam X70 dan X50) merujuk kepada segmen SUV, jadi boleh diandaikan segmentasi kenderaan lain berdasarkan huruf seperti:

Sedan - S3, S30, S300, S5, S50, S500
MPV - V5, V50, V500, V7, V70, V700
Hatchback - C5, C50

Berdasarkan format penamaan di atas, kami dapat andaikan di dalam kelas sedan, akan ada dua model baharu yang bakal menjengah pasaran, sama ada model pengganti Saga mahupun Persona. 

Manakala kelas MPV pula turut serupa, pengganti kepada model Exora berkemungkinan besar akan menggunakan nama V7/V70/V700 menggunakan asas daripada Geely Jiaji (VF11), manakala MPV berdimensi lebih kecil akan menggunakan nama V5/V50/V500.
 


Satu-satunya hatchback di dalam keluarga Proton, Iriz mungkin akan menerima pengganti baharu C5/C50. 

Untuk model PS3 dan PS5, kami tidak dapat menjangkakan apakah kelas yang bakal diduduki oleh kedua-dua model ini, memandangkan tiada sebarang butiran lanjut yang diperoleh, besar kemungkinan ia merupakan 'Premium Sedan' untuk sedan yang bersaiz lebih besar (segmen C dan D).

Ini adalah andaian semata-mata, tunggu dan lihat sahaja bagaimana langkah yang diambil oleh pengeluar kereta tempatan tersebut untuk memperkemaskan lagi penawaran mereka di pasaran tempatan, serta pasaran luar. 

Dengan kehadiran nama-nama yang lebih komersil, adakah ini bermakna format penamaan tradisional Proton (Saga, Persona, Exora, Juara) akan turut berakhir tidak lama lagi?

Sumber: Funtasticko
Sumber Gambar: Ajerul

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…