Pencuri sasar cermin sisi kereta mewah di New York

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh New York Post, terdapat sejumlah kenderaan di Manhattan menjadi mangsa kecurian oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. 

Anehnya, apa yang dicuri bukanlah sport rim, atau lencana seperti mana geng-geng 'Hobi Kami Mahal' di Malaysia. 

Sebaliknya, golongan pencuri ini mensasarkan komponen cermin sisi yang lengkap dengan pemasangan kamera keliling yang didapati pada Audi, Porsche, Lexus, Mercedes-Benz dan BMW, dengan jumlah kerugian bernilai antara $1,500 (RM6,221) sehingga $2,000 (RM8,295) setiap satu. 
 


Menurut New York Police Department, 18 buah kenderaan terjejas dalam tempoh 1 Mac sehingga 26 April, di mana 10 kes kecurian berlaku di Presint 20 (antara Jalan ke-59 Barat dan Jalan ke-86 Barat) manakala empat lagi berlaku di Presint 24 (antara Jalan ke-86 Barat dan Jalan ke-110 Barat).

Jurucakap pasukan polis itu mendakwa ia merupakan kes terancang yang berlaku hanya di Manhattan Utara dan tidak melibatkan bandar-bandar besar yang lain. 

Modus Operandi pencuri mensasarkan kedua-dua belah cermin sisi kereta mewah pada waktu malam, dan menjualnya kembali di pasaran untuk mengaut keuntungan. 
 

bagaimana pula nasib 'kamera sisi' pula ya? 


Ciri kamera keliling 360 darjah kini merupakan satu kelengkapan yang sangat membantu ketika memarkir kenderaan dan memantau titik buta kenderaan, namun ia nampaknya telah menarik perhatian daripada golongan pencuri pula. 

Sumber: New York Posts

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…
Berita Global
Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa. Namun…