Pencuri mampu bawa lari kereta anda kurang dari 10 saat - PDRM

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Dengan peranti yang bersesuaian seperti alat pengganggu isyarat dan alat duplikasi frekuensi, seorang pencuri kenderaan terlatih mampu untuk melarikan kereta anda dalam masa kurang dari 10 saat sahaja. 

Menurut SAC Khairuldin Saad, pencuri kenderaan kini tidak lagi menggunakan cara manual seperti kunci pendua dan membuat litar pintas bagi memandu kenderaan tersebut. 

Penggunaan alat pengganggu isyarat GPS juga turut digunakan untuk mengelakkan kereta daripada dikesan selepas dicuri.

Malah, tambah beliau gajet terkini yang digunakan amat mudah diperoleh daripada pembelian secara dalam talian. 

Siasatan polis turut mendapati terdapat sebilangan individu yang terlibat dalam sesebuah kes kecurian kenderaan - daripada mereka yang diupah untuk mencuri, pengangkut kereta sehinggalah dalang sebenar di sebalik kes. 

Pencuri kereta biasanya akan meletakkan kereta curi di kawasan awam seperti pasar raya dan kawasan kediaman bagi mengelakkan sebarang kecurigaan daripada orang awam. 
 


Menggunakan contoh Toyota Vellfire, pencuri akan dibayar antara RM5,000 sehingga RM7,000 untuk setiap unit yang berjaya dibawa lari. 

Bayaran pula biasanya dilakukan menerusi transaksi dalam talian, menyukarkan lagi pihak berkuasa untuk mengesan dalang di sebalik kes kecurian. 

SAC Khairuldin turut menyarankan orang awam supaya menggunakan mekanisme kunci tradisional seperti kunci pedal dan brek, serta kunci stereng bagi melindungi daripada dicuri. 

"Kunci jenis lama ini biasanya akan menyukarkan para pencuri untuk membawa lari sesebuah kenderaan," katanya. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…