Pencuri kereta di Kanada dilihat benar-benar suka terhadap CR-V, tidak seperti beberapa bakal pembeli, mereka dilihat tidak cukup sabar untuk menunggu model serba baharu itu tiba pada musim sejuk ini sebelum mendapatkannya.
Menurut data daripada Biro Insurans Kanada yang dikumpulkan oleh Équité Association, CR-V 2016-2021 mendahului senarai kenderaan paling banyak dicuri di Kanada pada 2021, meninggalkan Lexus RX 2016-2021 dan Ford F-150 2015-2020 di tempat kedua dan ketiga. Sebanyak 4,117 CR-V telah dicuri, berbanding hanya 2,202 RX dan 1,182 trak Ford

Namun, angka kecurian Lexus lebih mengejutkan. Terdapat 236,550 CR-V yang diinsuranskan semasa kajian itu diterbitkan, bermakna model itu mempunyai kadar 1.7 peratus berdasarkan 4,117 kereta yang hilang.
Tetapi Biro Insurans Kanada hanya mempunyai 34,560 model tahun model 2016-2021 yang log masuk pada pangkalan datanya, memberikan kadar angka kecurian sebanyak 6.4 peratus. Angka itu mewakili 1 dari setiap 16 kereta!

Pemilik Lexus mungkin boleh mengambil sedikit nafas lega mengetahui bahawa model RX adalah satu-satunya model Lexus dalam senarai, manakala nama Honda muncul tiga kali.
Pencuri lebih berminat terhadap CR-V berbanding saudaranya Civic, dengan 768 kecurian, meletakkannya di tempat keempat dan Honda Accord di tempat kelapan dengan 372 kecurian.
Sumber: Carscoops
Penulis: Ahmad Danial Yasin