Pencipta kandungan, Phei Yong uji kereta myTukar Certified dalam kembara sejauh 700 km

oleh Danial Yasin Suhaimi|
salah satu syarikat kereta terpakai digital yang berkembang pesat, myTukar bersama pencipta kandungan (content creator) Malaysia baru-baru ini telah menguji kereta-kereta myTukar Certified dalam pengembaraan sejauh 700 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengembaraan tersebut telah direkodkan melalui dua epidod penuh, menampilkan perjalanan pergi dan balik dengan beberapa hentian yang penuh keseronokan, permainan, dan jenaka bersama Phei Yong dan rakan-rakannya.

Mereka turut berpeluang menerokai proses-proses pensijilan dan baik pulih yang komprehensif di myTukar, yang dipacu oleh inovasi, keselamatan, dan kualiti ketika diberi peluang untuk menguji sebuah kereta myTukar Certified secara menyeluruh.

Phei Yong berkata, “Saya amat teruja untuk berkolaborasi dengan salah satu jenama kereta terpakai dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara dan untuk memulakan sebuah pengembaraan yang epik menggunakan kereta terpakai."

"Kereta terpakai kebiasaannya mempunyai reputasi yang buruk namun saya amat kagum dengan kereta BMW X4 xDrive30i myTukar Certified yang telah berkhidmat dengan baik sepanjang pengembaraan kami sejauh 700 kilometer ini.“

Selain pengembaraan sejauh 700 km itu, Phei Yong akan turut membuat penampilan dalam beberapa siri video pendek yang akan menerokai dengan lebih mendalam mengenai selok-belok myTukar dan Carro.

Phei Yong juga akan bertemu dengan kepimpinan tertinggi di Carro dan myTukar, seperti CEO Kumpulan Carro, Aaron Tan dan CEO myTukar, Derrick Eng untuk memahami proses-proses utama dan teknologi yang dipatenkan.

Ianya termasuk pemeriksaan 160 poin yang disokong oleh teknologi Penglihatan Berkomputer dan Kejuruteraan Akustik, serta proses baik pulih kereta secara in-house yang direka khas.

Pengembaraan 2 episod itu akan disiarkan pada 20 dan 27 September di saluran  YouTube Phei Yong, atau saksikan video-video pendek tersebut di akaun Instagram dan Facebook myTukar.

Sehingga 30 September juga, para pelanggan yang membeli sebuah kereta myTukar Certified akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus secara automatik untuk pembaharuan insurans dengan myTukar untuk tahun berikutnya.

10 pelanggan yang terpilih berpeluang untuk memenangi baucar tunai bernilai RM3,000 yang sah untuk semua perkhidmatan selepas jualan, alat ganti, dan juga perkhidmatan pembaikan badan dan mengecat kereta, tertakluk pada terma dan syarat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…