Pencarian pemenang ke Festival Worthersee GTi Volkswagen di Austria ditemui

oleh SALINA JALIL|
Baru-baru ini, pihak Volkswagen Passenger Car Malaysia telah menyampaikan hadiah utama yang merupakan trip ke Festival Worthersee GTi yang bakal berlangsung di Austria.

Pemenang utama, Mohamad Syazwan bin Mohamad Naim telah meraih gelaran sebagai peminat nombor satu Golf GTi pada kejuaraan akhir Siri Jelajah Volkswagen di hadapan penonton di Pusat Membeli belah One Utama. Tempat kedua dimenangi oleh Moh King Yew sementara Abu Ubaidah Amir merebut tempat ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertandingan Wörthersee GTI itu berlangsung pada selama 7 hari bermula 20 Mac dan menyaksikan sejumlah 1500 penyertaan. Peserta perlu mendaftar, melengkapkan slogan dan menjawab 10 soalan dengan masa yang pantas. Tiga peserta terpantas dipilih untuk mara ke pusingan terakhir.

 

Menurut Mohamad Syazwan, 26 tahun, beliau telah membuktikan bahawa beliau memang seorang peminat tegar GTI dan telah menghabiskan masa selama seminggu bagi memantapkan lagi pengetahuan untuk pertandingan.

 

“Saya juga terpaksa berjaga di tengah malam sehari sebelum Pusingan Terakhir untuk memastikan saya menguasai informasi berkenaan GTI. Saya berasa amat teruja apabila impian saya (memenangi trip ini) menjadi kenyataan,” tambah beliau yang bakal membawa adiknya ke Austria.  

 

Ketika pertandingan sedang berlangsung, Syazwan menunjukkan kemahiran beliau menjawab soalan mencabar berkenaan sejarah, aspek teknikal Golf GTI serta sedikit sebanyak info berkenaan Festival Wörthersee GTI.

 

 

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Pertandingan Wörthersee GTI ini merupakan salah satu cara bagi meraikan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peminat GTI di Malaysia.

 

“Kami berasa teruja dapat memberikan peluang sekali seumur hidup ini kepada pemenang hadiah kami dan tahniah diucapkan kepada Syazwan di atas kemenangan ini,” tambah beliau.

 

Festival Wörthersee GTI berlangsung pada setiap bulan Mei di Tasik Wörth atau lebih dikenali dengan nama Wörthersee. Acara saban tahun yang dimulakan oleh sekumpulan kecil pemilik Volkswagen GTI telah menjadi satu acara gilang gemilang meliputi kenderaan VW (yang diubahsuai, klasik dan vintaj) kini menarik lebih 100,000 peminat seluruh dunia. Tahun ini merupakan tahun ke-37 penganjuran festival bersejarah itu.

 

Peraduan Wörthersee GTI ini diadakan seiring dengan pelancaran keluarga terbaharu Golf di Malaysia dan terdapat empat varian yang ditawarkan.

Berikut merupakan varian Golf yang dijual di Malaysia.

 

tungsten-silver-4--tile

 

Varian Sportline (1.4 TSI) - RM155,990

Varian R-Line (1.4 TSI) - RM169,990

Varian Golf GTI (2.0 TSI) - RM239,990

Varian Golf R (2.0 TSI AWD) - RM295,990

 

 

Penulis: Muhamad Hanif

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…