Pencarian Pelumba Wanita dan Program Mentor untuk Pasukan Proton R3

oleh SALINA JALIL|
Pasukan Proton R3 telah melancarkan dua program iaitu program mentor dan pencarian pelumba wanita untuk pasukan lumba yang bakal berentap dalam siri Malaysia Speed Festival (MSF).


Program tersebut adalah dengan kerjasama MSF itu bertujuan untuk membangunkan sukan permotoran di peringkat akar umbi dan memanfaatkan pengalaman pasukan R3 dalam sukan perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berbekalkan pengalaman selama 15 tahun, Pasukan R3 berharap dapat berkongsi ilmu melalui dua program tersebut. Ia bertujuan untuk melatih pemandu dan pasukan lumba Malaysia dengan pendedahan kepada akses pengetahuan pelbagai maklumat, pengurusan dan teknik pembangunan kereta, sekali gus membantu meningkatkan prestasi pasukan.

 

Program ini dilihat sebagai landasan terbaik dalam usaha mencari pelumba wanita berbakat dan membuka ruang mengembangkan karier mereka dalam bidang yang di dominasi oleh kaum lelaki. Proton dan pasukan R3 juga berhasrat mahu mengubah presepsi dengan memberikan pemandu wanita peluang untuk menyerlah dalam sukan permotoran.

 

Tiga daripada sembilan peserta akan diberi peluang mengembangkan kerjaya sebagai pelumba dan bersaing dalam kejuaraan S1K (2019) dengan memandu jentera dibangunkan Proton R3. 

 

 

Pemilihan dibuat berdasarkan prestasi menerusi siri aktiviti memandu dalam dan luar trek selain menilai tahap displin, kerja berpasukan dan komitmen serta kemahiran kawalan stereng.

 

Berikut senarai peserta Pencarian Pelumba Wanita MSF-R3:-

 

1.  Ng Aik Sha
2.  Samanda Lee
3.  Nurul Husna Nasharuddin
4.  Nursharina Nor Ramlle
5.  Dayangku Faratiwan Adnil
6.  Rozana Rahmat
7.  Umi Nasirah Sulaiman
8.  Zaidah Mohd Ishak
9.  Nor Azirah Mohd Azhar
 

 

Bagi program mentor, pemandu dan pasukan yang terpilih akan bersaing dalam perlumbaan MSF SuperTurismo akan memandu kereta Proton dengan bantuan kakitangan Proton R3 untuk tiga acara perlumbaan tahun ini. 

 

 

Setiap pasukan perlu mengadakan persiapan sendiri, berbekalkan penyediaan ilmu teknikal dari pasukan R3 kepada pasukan sebelum dan ketika perlumbaan supaya prestasi dapat dipertingkatkan.

 


Pemandu dan pasukan terpilih untuk pelumba Program Mentor MSF-R3 adalah:

1.  Mohd Hafiz Saad #248
2.  Nik Shahrul Fadli Nik Mansor #141
3.  Alban Raymond De Sauza #16
4.  Muhammad Faishal Bin Othman #180
5.  Md. Shah Hashim #387
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…