Pencarian 7 pemenang Kempen "Road To 900,000th Unit Milestone" Honda di peringkat terakhir pada 28 dan 29 September 2019 di Stadium Bukit Jalil

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai peringkat akhir (Grand Finale) "Road To 900,000th Unit Milestone" di kawasan parkir kereta terbuka Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 dan 29 September 2019. Masuk adalah percuma, anda hanya perlu hadir dan mengambil bahagian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "Pada Julai 2019, kami melancarkan "Road To 900,000th Unit Milestone Campaign" dengan slogan Terima Kasih 900K, untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap Honda Malaysia.

 

Sebagai ganjaran kami akan memberikan sembilan model Honda untuk dimenangi dengan cara yang mudah. Kami juga telah mengatur acara peringkat akhir (Grand Finale) untuk meraikan pencapaian ini dan ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk meraikan dan menyertai aktiviti di Grand Finale ini, yang disusun khas untuk semua lapisan masyarakat, termasuk kalangan kanak-kanak hingga dewasa. 

 

Pada majlis itu juga, kami akan mengadakan sesi pratonton model Segmen C yang paling banyak terjual di Malaysia iaitu Honda Civic yang terbaharu kepada orang ramai", kata beliau lagi.
 

 

 

Pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan di peringkat akhir ini termasuk Teknologi Advanced Generasi Honda Honda seperti Sport Scorer i-DCD Scanner X-ray serta Sport Hybrid i-DCD dan VTEC Turbocharged Game Tower, giant water slide, paparan Insta-Luminous, Pedal Troli, Racing Simulator dan banyak lagi. 

 

Sesi pandu uji juga disediakan di sana nanti.

 

Honda Malaysia juga turut mengumumkan pemenang kedua kempen "Road To 900,000th Unit Milestone" yang telah diadakan di Sri Utama Auto Sdn. Bhd.  Pemenang bertuah kedua tersebut adalah Lim Hong Ngee dari Setapak dan telah memenangi sebuah SUV iaitu Honda HR-V. 

 


Dengan pengumaman pemenang kedua ini, kini masih terdapat tujuh lagi model Honda yang masih boleh diundi dan dimenangi oleh rakyat Malaysia yang bertuah. 

 


Untuk mendaftar atau maklumat lanjut mengenai Kempen "Road To 900,000th Unit Milestone" ini, sila ke laman web kempen honda.com.my/microsite/900k atau lawati laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/hondamalaysia

 

Sekiranya tidak pasti bagaimana cara dan langkah yang perlu diambil untuk menyertai kempen ini, sila lihat video di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…