Pencabar baharu segmen skuter 150cc tiba - Boon Siew Honda lancar Vario 150, harga bermula dari RM7,199!

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda menarik perhatian para peminat motosikal jenis skuter di Malaysia dengan pelancaran Honda Vario 150 bertempat di The Royale Chulan, Damansara pagi tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Skuter underbone 150 cc ini menggabungkan aspek tunggangan yang berkuasa, prestasi terbaik, ciri-ciri moden yang menarik perhatian serta bernilai untuk setiap duit yang dilaburkan. 


Berikut merupakan beberapa fakta berkenaan skuter baharu Vario 150 yang berjaya kami dapatkan untuk tatapan para pembaca. 

 


1. Enjin 150 cc dengan teknologi Enhanced Smart Power (ESP)


Enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 150 cc dengan ciri sejukan cecair ini mampu menjana 13.1 PS pada 8,500 rpm dan daya kilas 13.4 Nm pada 5,000 rpm. 

Ia turut dilengkapi teknologi eSP dan Idling Stop System (ISS) yang mampu menawarkan prestasi tunggangan dan penjimatan bahan api pada masa yang sama. 

 

2. Ciri Combined Brake System (CBS) 


Walaupun tidak didatangkan dengan ciri ABS sebagai ciri keselamatan standard, Honda Vario 150 hadir dengan ciri Combined Brake System atau CBS.

CBS ini bertujuan untuk mengimbangi kuasa cengkaman brek pada roda hadapan dan belakang, terutama ketika situasi yang memerlukan seperti berhenti secara mengejut.  

Ini lebih memudahkan para penunggang yang kurang mahir cara untuk mengimbangi penggunaan kedua-dua belah brek, disamping menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan ketika proses membrek dilakukan. 

 

3. Ruang penyimpanan barang sebesar 18 liter


Sebagai sebuah skuter, kebolehan untuk menyimpan barang yang besar pada ruang di bawah tempat duduk kerap menjadi persoalan buat para peminat skuter. 

Usah risau kerana Honda Vario 150 hadir dengan ruang sebesar 18 liter yang mampu menyimpan sebuah helmet bersaiz penuh termasuklah dua poket penyimpanan yang terletak di bahagian hadapan skuter. 

 

4. Ciri moden dan terkini


Bagi memastikan penunggang sentiasa dikesan ketika berada di atas jalan, Honda telah mendatangkan ciri lampu utama dan lampu belakang jenis LED beserta ciri lampu nyalaan siang berkembar LED yang turut diintegrasikan bersama lampu membelok. 

Mengikuti perkembangan semasa yang semakin canggih, Honda Vario 150 turut hadir dengan paparan skrin digital yang memaparkan beberapa maklumat penting seperti kiraan jarak perjalanan, paparan kelajuan, masa dan juga bacaan tahap penggunaan bahan api semasa. 

Melengkapkan lagi ciri moden yang ada pada skuter 150 cc ini ialah sistem kunci pintar, sistem bantu mula tanpa kunci dan sistem penggera terbina bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan motosikal ketika tidak bergerak. 

 


5. Empat warna pilihan yang menarik


Terdapat empat pilihan warna menarik yang didatangkan iaitu Pearl Magellanic Black dengan jaluran merah, Force Silver Metallic dengan hiasan warna kuning, Pearl Nightfall Blue dengan rim 14 inci berwarna hitam dan juga versi khas Repsol Edition yang hadir dengan rim 14 inci berwarna oren Repsol. 

6. Harga yang kompetitif 


Honda meletakkan harga yang berdaya saing untuk model skuter Vario 150 pada harga bermula dari RM7,199 untuk versi biasa manakala RM7,399 untuk Vario 150 versi Repsol, tidak termasuk insurans, yuran pendaftaran dan GST. 

Ini meletakkan Vario sebagai salah satu pilihan yang lebih bernilai dalam segmen skuter 150cc untuk para pembeli. 

Orang ramai boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda untuk melihat dengan lebih dekat skuter terbaharu ini bermula esok.

Setiap pembelian hadir dengan jaminan daripada pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000 km yang mana terdahulu. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…
Pelancaran Motosikal
Tuscany 150 tampil dengan reka bentuk gabungan antara klasik dan moden, yang pastinya sesuai dengan…