Penarik kereta dilibas parang

oleh SALINA JALIL|
Seorang daripada empat penarik kereta yang ditugaskan untuk menarik sebuah kenderaan mewah cedera selepas terkena libasan parang oleh pemilik kereta tersebut.

Kejadian itu berlaku di Purwokerto di Banyumas, Jawa Tengah kelmarin.

Jurucakap polis Banyumas, Berry berkata, insiden bermula apabila kumpulan penarik kereta itu berjumpa dengan pemilik kenderaan yang sedang makan di sebuah kedai bersama tiga rakannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, mereka meminta kunci kenderaan tersebut yang sudah beberapa bulan tertangguh bayaran bulanan, namun pemiliknya enggan memberikan kunci terbabit.

 

“Pertengkaran berlaku antara mereka dan pemilik kenderaan kemudiannya mengambil parang di dalam keretanya dan menyerang kumpulan penarik kereta berkenaan.

 

“Seorang daripada penarik kereta itu cedera terkena libasan parang dan panik dengan kejadian itu, pemilik kenderaan bersama rakannya segera melarikan diri,” kata Berry.

 

Kumpulan penarik kereta kemudiannya mengejar kenderaan tersebut sehingga kedua-duanya mengalami pelanggaran.

 

Kemalangan itu menyebabkan kereta yang dinaiki pengutip hutang tersebut mengalami kerosakan dan tidak boleh bergerak, manakala pemilik kenderaan terus melarikan diri.

 

Bagaimanapun, pemilik kenderaan itu dan tiga rakannya ditahan polis di daerah Ajibarang dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

 

Penarik kereta yang cedera pula kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan mendapati dalam kejadian pada Selasa sekitar jam 10.55 pagi itu, mangsa bersama rakan…