Penampilan baharu Honda Wave Alpha - harga dari RM4,339

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengumumkan penampilan baharu terhadap model kapcai Honda Wave Alpha, dan perubahan tersebut merangkumi penawaran jalur grafik baharu serta tiga warna pilihan baharu iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Selain itu, panel hadapan motosikal ini juga kini menampilkan lampu penunjuk arah yang disatukan dengan bahagian tersebut, menghasilkan aliran aerodinamik yang lebih baik. 

Besi pemegang penumpang di bahagian belakang kini diberikan balutan getah.

 


Honda Wave Alpha masih lagi mengekalkan ciri-ciri sedia ada seperti ruang simpanan di bawah tempat duduk, tangki bahan api sebesar 3.7 liter, serta kemudahan sistem penghidup secara tendang dan juga suis elektrik. 

Nadi enjin silinder tunggal bersesaran 109.1 cc itu kekal dengan kuasa 8.3 hp dan daya kilas 8.42 Nm yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. 

 


 


Harga jualan pula bermula dari RM4,339 untuk model roda jejari dan RM4,589 untuk model dengan rim sport. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
  "Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi…