Pempengaruh media sosial British ditahan sebab buang BMW E46 dalam sungai

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pempengaruh media sosial British (social media influencer) telah ditahan pihak berkuasa di Marbella, Sepanyol minggu lalu atas kesalahan membuang sebuah BMW 3-Series E46 berhampiran sebatang sungai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini adalah berdasarkan video yang dimuat naik oleh Ryan Taylor (27 tahun) menerusi saluran Youtube di mana beliau dan kawan-kawannya 'membelasah' kereta tersebut sebelum ianya rosak teruk.

Setelah itu, Taylor dan kawan-kawannya dilihat menolak kereta tersebut ke dalam sebuah tebing curam yang menuju ke arah sebatang sungai kecil.

Menurut laporan daripada Euro Weekly, pihak berkuasa tempatan berjaya menemukan BMW yang tersadai itu berdasarkan laporan yang dibuat berhubung video Youtube yang dimuatnaik.

Taylor menghadapi beberapa tuduhan termasuklah melakukan kesalahan keselamatan jalan raya, merosakkan alam sekitar dan pemalsuan dokumen.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Contoh yang paling bangang ditunjukkan oleh empat orang wanita yang sanggup menghalang lalu lintas…