Peminat tegar tidak akan merungut soal saiz gril BMW - ketua unit rekaan BMW

oleh Mohamad Hanif|
Rekaan trenkuasa elektrik yang ada pada EV kini tidak lagi memerlukan ruang bukaan gril di bahagian hadapan, seperti yang dipertunjukkan oleh EV seperti Tesla dan juga Nissan LEAF.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, BMW tetap dengan pendirian untuk tidak menghapuskan identiti rekaan gril berkembar yang telah wujud semenjak tahun 1930-an itu pada model-model terbaharu mereka - termasuklah kenderaan elektrik.

Menurut Domagoj Ducec, ketua unit rekaan BMW memberitahu Autoblog berkata, rekaan gril tersebut bukanlah bertindak sebagai salah sebuah daripada komponen penyejukan semata-mata, akan tetapi ia turut menjadi satu identiti kereta itu sendiri.

"Jika anda bandingkan ketika zaman bermulanya rekaan buah pinggang ini bermula, terdapat satu perbezaan yang ketara antara gril Rolls-Royce dan BMW, di mana pada BMW ia merupakan 'muka' kepada sesebuah kereta dan tidak dibentuk seperti radiator.

"Idea untuk membahagikan gril kepada dua bukanlah satu solusi terbaik untuk penyejukan, akan tetapi ia memberikan nilai estetik yang tersendiri," ujar beliau.

 


Dalam masa yang sama, Dukec turut mempunyai mesej yang tersendiri kepada mereka yang gemar merendah-rendahkan gril BMW masa kini.

"Jika zaman dahulu, terdapat segelintir manusia yang merungut di mana kami tidak begitu yakin dengan jenama sendiri, dan tiada siapa yang memberikan komen berkenaan rekaan gril (BMW).

"Para peminat dan pencinta BMW lambat laun akan menggemari hal ini, namun mereka yang gemar merungut itu kebanyakannya bukanlah pelanggan kami," ujar beliau.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh Ford Authority menerusi pejabat pendaftaran paten Amerika…