Pemilik trak Triton ke-100,000 dapat diesel percuma 100,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini meraikan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah, iaitu penjualan trak pikap Triton sebanyak 100,000 unit di pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak penubuhan syarikat pada tahun 2005, trak pikap Triton telah menjadi asas kepada perniagaan Mitsubishi Motors dan memberika manfaat kepada pelangan dari segi pengendalian baik, prestasi, keselamatan serta harga jualan kompetitif baig memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza.

Tahun lepas, MMM telah berjaya menjual sebanyak 9,268 unit Triton atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding tahun lalu, serta mengekalkan pegangan pasaran kukuh sebanyak 22 peratus walaupun berdepan dengan pandemik dan persaingan sihat daripada pesaing.

Sebagai memperingati pencapaian tersebut, MMM telah menghadiahkan pakej diesel percuma 100,000 km bernilai RM27,000 kepada pemilik unit yang ke-100,000, iaitu Encik Muhammad Faerus.
 

Triton


Mitsubishi Motors juga bakal menganjurkan pertandingan 100,000 Triton Ambitions Contest bermula 14 September ini yang terbuka kepada semua pemilik Triton.

Apa yang perlu dibuat adalah dengan mengisi borang kaji selidik peraduan dan menyerahkan foto untuk salah satu atau keempat-empat kategori yang dipertandingkan seperti:

  • The Stylo King - Aktiviti riadah yang paling diingati bersama Triton
  • Tough Champ - pengalaman paling sukar pemilik bersama Triton
  • Extreme Adventurer - perjalanan jarak jauh yang tidak dapat dilupakan bersama Triton
  • Mod Hero - modifikasi Triton

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang pakej diesel sejauh 25,000 km bernilai RM7,000 setiap satu.

Terma dan syarat boleh didapati menerusi laman web rasmi Mitsubishi Motors di alamat https://www.mitsubishi-motors.com.my/ bermula 14 September ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…