Menurut laporan daripada cnevpost.com, pemilik Tesla Model 3 itu telah diharamkan daripada menggunakan jaringan Tesla Supercharging disebabkan bil tertunggak bernilai 3,346,306 yuan (RM2.55 juta)!
Laporan itu turut menyertakan sejarah penggunaan fasiliti pengecasan di mana pemilik tersebut telah pun menggunakan 1,923,720 kWh dengan kadar 2 yuan (RM1.32) untuk setiap kWh, dan berdasarkan anggaran ia mampu mengecas penuh sebuah Tesla Model 3 Standard Range Plus sebanyak 32,000 kali.
Menurut respon yang diperoleh daripada bahagian khidmat pelanggan Tesla, "terdapat kesilapan yang berlaku pada sesetengah kenderaan dan isu ini sedang dibaiki".
Tambah laporan itu lagi, Tesla pada ketika ini sedang menyemak semula caj melahu bagi menambah baik penggunaan fasiliti pengecasan sedia ada.
Berdasarkan caj terbaharu, pengguna akan dikenakan caj 3.20 yuan (RM2.12) per minit atau 6.40 yuan (RM4.24) per minit sekiranya stesen tersebut digunakan 100 peratus.
Sumber: cnevpost.com