Pemilik Tesla terima bil pengecasan RM2.5 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik Tesla di Shanghai mengadu di media sosial Weibo berhubung bil pengecasan yang terlalu mahal dikenakan baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada cnevpost.com, pemilik Tesla Model 3 itu telah diharamkan daripada menggunakan jaringan  Tesla Supercharging disebabkan bil tertunggak bernilai 3,346,306 yuan (RM2.55 juta)!

Laporan itu turut menyertakan sejarah penggunaan fasiliti pengecasan di mana pemilik tersebut telah pun menggunakan 1,923,720 kWh dengan kadar 2 yuan (RM1.32) untuk setiap kWh, dan berdasarkan anggaran ia mampu mengecas penuh sebuah Tesla Model 3 Standard Range Plus sebanyak 32,000 kali.

Menurut respon yang diperoleh daripada bahagian khidmat pelanggan Tesla, "terdapat kesilapan yang berlaku pada sesetengah kenderaan dan isu ini sedang dibaiki".

Tambah laporan itu lagi, Tesla pada ketika ini sedang menyemak semula caj melahu bagi menambah baik penggunaan fasiliti pengecasan sedia ada.

Berdasarkan caj terbaharu, pengguna akan dikenakan caj 3.20 yuan (RM2.12) per minit atau 6.40 yuan (RM4.24) per minit sekiranya stesen tersebut digunakan 100 peratus.

Sumber: cnevpost.com

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…