Pemilik Tesla Model 3 ubahsuai jam tangan Casio jadi kunci kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless entry) sudah menjadi satu kebiasaan pada kenderaan moden, namun ciri moden ini adakalanya membuatkan anda berasa jengkel apabila ia tidak berfungsi seperti sepatutnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini terjadi kepada salah seorang pemilik Tesla Model 3, Mattia Dal Ben di mana beliau mendapati kad kunci yang diberikan oleh Tesla tidak berfungsi, dan menurut beliau, "ia terjadi pada situasi yang tidak dijangka".

Geram dengan kejadian tersebut, Dal Ben membuat keputusan untuk melakukan sedikit modifikasi menggunakan seutas jam tangan Casio klasik. 

Jam tangan Casio F-91W tu hanya bernilai $20 (RM83) sahaja ketika masih baharu, dan beliau turut menggunakan sebuah kad NFC (near field communication) dan pendawaian ringkas untuk dihubungkan kepada antena. 

"Saya tidak mahu menggunakan kad rasmi Tesla kerana anda memerlukan panggilan telefon (kepada Tesla) untuk memohon duplikasi kad, jadi jika permintaan tersebut tidak diluluskan, ia akan menjadi satu perkara yang amat janggal. 

Menggunakan bantuan daripada rakan penggodam Dacroneous dan diinspirasikan daripada sebuah projek yang serupa, Dal Ben menyatakan modifikasi ini memerlukan beberapa langkah terperinci, termasuklah mencetak secara tiga dimensi penutup belakang jam Casio, mengasingkan kad daripada perumah asal dan mencipta litar untuk antena baharu. 

Paling penting, jam tangan asal Casio tersebut masih lagi selesa untuk dipakai, walaupun setelah menjalani proses menjadikannya sebagai sebuah kunci kereta. 

Hasil kerja Dal Ben boleh dilihat pada video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…