Mohammad Naziruddin didakwa sebagai pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan diesel, gagal mematuhi arahan pengawal bekalan dengan menjual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada kenderaan berkenaan, yang melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Siti Fatimah Hannah Abd Wahab dan Pegawai Pendakwa KPDN Nor Wahidah Muhammad manakala Mohammad Naziruddin diwakili peguam Muhammad Syahmi Akif Jamili.