Pemilik stesen minyak benar kenderaan asing isi RON95 berisiko digantung lesen

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pengusaha stesen minyak yang membiarkan pemilik kenderaan termasuk motosikal dengan nombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95 berdepan tindakan digantung lesen perniagaan sehingga kes selesai disiasat.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata dalam mesyuarat antara kementeriannya dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia baru-baru ini, pihak persatuan menyatakan sokongan dan komitmen untuk memastikan stesen minyak di Malaysia mematuhi perundangan berkaitan larangan penjualan RON95.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berikutan itu, Alexander berkata, seramai 2,000 penguat kuasa digerakkan bagi memastikan semua kenderaan berpendaftaran asing untuk tidak mengisi petrol RON95 di stesen minyak di seluruh negara.

 

"Penguat kuasa ini akan digerakkan untuk melaksanakan pemeriksaan dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara terhadap mana-mana individu dan pengusaha stesen minyak yang cuba melanggar perundangan berkaitan.

 

"Bagi menambahkan keberkesanan penguatkuasaan ini, pegawai penguat kuasa akan mengambil pendekatan Ops Samar dengan memakai pakaian preman dalam melaksanakan penguatkuasaan ini.

 

"Pemilik kenderaan pendaftaran asing ini hanya boleh mengisi RON97 di stesen minyak di seluruh negara," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Alexander berkata sekiranya didapati individu atau pengusaha stesen minyak itu melakukan kesalahan berkenaan, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

 

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 

"Bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta. KPDNHEP juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.

 

"KPDNHEP memberi amaran keras kepada semua orang dan pengusaha stesen minyak bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.

 

"Tindakan tegas akan diambil termasuk mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata…
Berita Domestik
"Dengan membenarkan RON95 pada harga pasaran pada Jun ini, kesannya adalah kadar inflasi…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…