Pemilik stesen ditahan bersekongkol dengan penyeludup

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Seorang pengusaha stesen minyak berusia 30an ditahan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam serbuan di Jalan Besar di Tumpat pada Rabu.

Dalam serbuan jam 7 pagi itu, pekerja stesen minyak yang juga berusia 30an turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pada masa sama pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 30 dan 40an serta merampas 1,725 liter minyak petrol yang berada di dalam tong-tong jerikin.

"Kesemua bahan mentah itu ditemukan di bahagian penumpang hadapan dan belakang serta di dalam bonet dua buah kereta jenis Proton Wira Aeroback," katanya pada Rabu.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan berkait aktiviti berkenaan yang diperoleh KPDN Kelantan.

Ujarnya, semasa ditahan kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen dan rekod berkaitan pemilikan barang kawalan.

Azman memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan muatan bahan api itu akan dibawa ke sempadan untuk diselewengkan.

"Nilai rampasan minyak petrol yang disita dianggarkan berjumlah RM3,536.26. KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris dan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di negeri Kelantan dari masa ke semasa.

"Tindakan tegas diambil bagi membendung kegiatan aktiviti tidak bermoral ini supaya pengguna dapat menikmati sepenuhnya subsidi kerajaan, seterusnya suspek akan dikenakan denda yang tinggi serta dipertuduhkan di mahkamah selanjutnya," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohammad Naziruddin didakwa sebagai pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan…
Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan pertama, Soraya didakwa selaku pemegang lesen runcit didapati gagal…
Informasi
Mengikut pertuduhan, Abdul Wahab sebagai pemilik perkongsian stesen minyak K.A. Surijaya Enterprise…