Pemilik Roll-Royce kini lebih gemar memandu kereta sendiri

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jikalau dahulu, Rolls-Royce kerap kali dicerminkan sebagai kereta golongan mewah yang dipandu oleh drebar bertauliah, manakala pemiliknya duduk di baris belakang, ibarat bos besar sebuah syarikat.

Namun, imej tersebut kian tenggelam apabila lebih ramai pemilik baharu Rolls-Royce tidak lagi mahu dipandu, sebaliknya mereka sendiri yang memandu kenderaan tersebut ke mana-mana sahaja. 

Jadi, apabila pemilik sendiri sudah mengenepikan peranan pemandu bertauliah sebagaimana tipikal sebuah jenama Rolls-Royce, maka jawatan pemandu mungkin sudah sampai ke penghujungnya. 

Hal ini disahkan sendiri oleh CEO Rolls-Royce, Torsten Muller-Otvos memberitahu media Australia bahawa trend tersebut kian meningkat di kalangan golongan muda. 
 


"Namun, masih terdapat sebilangan produk Rolls-Royce yang  dikhususkan untuk golongan pemandu (yang digajikan oleh pemilik)," tambah beliau. 

Ia bukanlah sesuatu yang pelik, memandangkan kini kebanyakan pemilik Rolls-Royce terdiri daripada golongan muda, dan mereka merupakan golongan yang mahu memandu sendiri kereta seperti Ghost Black Badge, Wraith, Dawn ataupun SUV Cullinan. 

Baca: Rolls-Royce Ghost Black Badge

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…