Pemilik Polestar 2 boleh bayar RM5,253 sekali sahaja untuk 'muat turun' tambahan 68 hp, 20 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Naiktaraf prestasi tanpa perlu berkunjung ke bengkel.

Itu antara kelebihan yang ada pada mana-mana model kereta elektrik masa kini (tertakluk kepada ihsan pengeluar), di mana anda boleh menyahkunci kuasa kuda tambahan dengan membayar sejumlah wang.

Sebelum ini, Mercedes mengenakan perkhidmatan yang sama, namun naiktaraf kuasa kuda itu nyata memerlukan langganan yang perlu diperbaharui setiap tahun.
 

Polestar 2


Di negara Pak Cik Sam, pemilik Polestar 2 boleh 'memuat turun' kuasa kuda tambahan sebanyak 68 hp dan 20 Nm dengan kos sekitar $1,195 (RM5,253) sekali sahaja, tanpa memerlukan langganan tahunan.

Dengan naiktaraf ini, Polestar 2 dengan dua motor elektrik itu kini berupaya menjana kuasa setinggi 476 hp dan daya kilas 679 Nm.

Pecutan 0-96 km/j kini sepantas 4.2 saat (berbanding 4.45 saat).
 

Polesatar 2


Kemaskini OTA itu boleh didapatkan menerusi kedai dalam talian Polestar, dan pemilik hanya perlu memasukkan butiran nombor VIN kenderaan mereka.

Bagi pembeli baharu, mereka boleh mendapatkan pakej naiktaraf Performance bernilai $5,500 (RM24,178) yang bukan sahaja meningkatkan nilai angka kuasa kuda, malah turut dibekalkan dengan pakej rim aluminium tempa 20 inci, peredam boleh laras Öhlins, serta brek Brembo.

Berita Berkenaan

Informasi
"Kerja migrasi sistem semboyan sedang dilaksanakan di laluan antara Stesen Kepong sehingga Stesen…
Berita Domestik
Projek terbabit yang melibatkan dua fasa menelan belanja RM12 juta dengan penyediaan 16 platform…
Informasi
"(Pengguna) Android memang tiada masalah, tetapi iOS masih lagi menghadapi sedikit masalah dan kita…