Pemilik Peugeot digesa kemaskini maklumat peribadi

oleh SALINA JALIL|
Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) menggesa semua pemilik kenderaan Peugeot untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka pada kadar segera menerusi lawan web rasmi Peugeot di www.peugeot.com.my.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Proses ini bagi membolehkan BAASB memperkemaskan sistemnya sekaligus memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik dengan menyampaikan maklumat seperti peringatan servis, tempoh waranti, kempen servis, berita dan sokongan tambahan kepada semua pemilik Peugeot.

 

Pemilik dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi mereka dan menyertakan bukti pemilikan dengan melampirkan kad pendaftaran kenderaan serta buku servis dan waranti. Semua maklumat yang dikumpul akan dilindungi berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi BAASB menerusi emel [email protected] atau hubungi talian 03-7627 8818 yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengunjung bakal menikmati rebat yang menakjubkan lebih RM8,000 dan berpeluang memenangi "ketupat"…
Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…