Pemilik pasukan F1 mahu beli Aston Martin

oleh HEZERI SAMSURI|
Lawrence Stroll, pemilik pasukan Formula 1 Racing Point (dahulunya dikenali sebagai Force India) dikatakan berminat untuk membeli majoriti saham syarikat Aston Martin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jutawan Kanda itu juga terkenal dengan jenama-jenama fesyen miliknya - Pierre Cardin, Ralph Lauren, Tommy Hilfiger dan Michael Kors.

Menurut Autocar dan Racingfans.net, mereka percaya Stroll berminat untuk membeli saham Aston Martin kerana mahu mengambil kesempatan di atas harga saham jenama British itu yang merudum jatuh.

Kejatuhan jualan kenderaan di China dan kos pembinaan SUV pertama Aston Martin , DBX menyebabkan Aston Martin rugi sebanyan US $152 juta untuk separuh pertama tahun 2019.

Ia juga terpaksa mengambil pinjaman tambahan sebanyak US $229 juta dengan kadar faedah setinggi 12 peratus.

Kerana itu, saham Aston Martin jatuh dari US$36.20 kepada di bawah paras US$7.60.

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin…