Pemilik motosikal Modenas boleh tebus baucar diskaun RM1,000 di pusat servis terpilih

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd kini menerima Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai RM1,000 sebagai bentuk bayaran dan boleh ditebus di pusat servis terpilih yang mengambil bahagian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di bawah program tersebut, pelanggan Modenas yang terjejas boleh menebus baucar untuk tuntutan pembaikan motosikal milik persendirian akibat banjir, selain diskaun tambahan 25 peratus untuk caj buruh dan kos alat ganti. 

Modenas juga turut menerima baucar ini sebagai bayaran pendahuluan atau sebahagian bayaran untuk gantian motosikal baharu sekiranya motosikal sedia ada mengalami kerosakan secara keseluruhan akibat banjir (tertakluk kepada terma dan syarat). 

Menurut Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas berkata, "Dengan usaha ini, kami berharap agar mangsa banjir dapat bangkit semula untuk mendapatkan kembali apa yang telah hilang, dan yang paling penting untuk meneruskan kehidupan mereka untuk menyara keluarga. 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian bebas tol 1-800-880-181 atau talian WhatsApp Careline di 019-570 8135.
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…