Pemilik Land Rover Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura berkonvoi ke Karak

oleh DIANA ISMADI|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun Land Rover Owners Club of Malaysia (LROM) yang ke-20, satu jambori telah diadakan pada 29 April hinga 1 Mei yang lalu bertempat di Petai Jungle Lodge di Karak, Pahang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara yang disertai oleh ahli-ahli kelab Land Rover Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura ini telah membuktikan persaudaraan yang kukuh di antara para perserta.

IMG_3703

Kira-kira 100 kenderaan 4X4 yang terdiri daripada pelbagai jenis model terutamanya Land Rover Defender, Discovery dan Range Rover.

Konvoi itu dilepaskan pada 29 April dari LR Premium Sdn. Bhd di Petaling Jaya yang merupakan sebuah pusat perkhidmatan selepas jualan bebas bagi Land Rover dan Jaguar.

IMG_3716

“Jambori ini bukan saja mendapat sambutan serta sokongan daripada kelab Land Rover di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, malahan turut menarik minat kelab Land Rover yang datang jauh dari Sulawesi, Riau dan Jakarta”, menurut presiden LROM Rate de Silva.

IMG_3688

Menurut salah seorang pengasas LROM, sambutan ulang tahun ke-20 ini lebih berorientasikan kekeluargaan dan diadakan di premis persendirian ahli kelab.

Untuk acara ini, enam halangan 4x4 yang mencabar telah disediakan untuk peserta di sekitar tapak perkhemahan yang berkeluasan lima ekar di Karak.

Selain dari aktiviti-aktiviti menarik, barangan khas LROM yang terdiri daripada baju t-shirt, koleksi plat kereta, topi, lencana dan pelekat juga telah dijual semasa acara tiga hari bersempena ulang tahun ke-20 itu.

 
 

 

"Melalui aktiviti ini, kami berharap dapat memberi peluang kepada semua kelab Land Rover di rantau ini untuk berinteraksi, dan membuka jalan untuk memperbanyakkan lagi aktiviti seperti jambori, ekspedisi dan perhimpunan merentas sempadan seperti ini" kata Silva.

Mengimbas kembali, LROM telah mengadakan pelbagai jambori selama ini. Di antaranya adalah, sambutan ulang tahun ke-10 yang LROM telah diadakan di Cameron Highlands pada tahun 2007, Trans Kalimantan 1 dan Trans Kalimantan 2 yang merupakan ekspedisi ke sentral, timur dan barat Kalimantan, Indonesia, pada tahun 2012 dan 2013 untuk memperingati sambutan ulang tahun ke-15 LROM.

Penaja utama Jambori LROM 2017 ini adalah LR Premium Sdn Bhd, Toyo Tires, Toyo Lubricants dan Hannibal yang menaja 30 buah khemah.

IMG_3681

Land Rover Owners Club Malaysia adalah satu-satunya kelab Land Rover yang berdaftar di Malaysia dan dikatakan sebagai kelab 4x4 yang paling aktif di negara ini.

Ahli LROM juga mengambil bahagian secara aktif dalam acara amal tahunan bersempana Hari Ibu tahunan yang diadakan sama ada di rumah orang tua atau rumah anak yatim.

Menurut de Silva, idea pembentukan Land Rover Owners Club of Malaysia (LROM) ini diilhamkan apabila enam orang pengasas bertemu di garaj rumah penasihat kelab LROM Yamin Vong di Taman Tun Dr Ismail 20 tahun lalu.

"Pada malam itu, kami bersama komited untuk memulakan Land Rover Owners Club of Malaysia dengan tujuan untuk menganjurkan ekspedisi ke kawasan yang tidak boleh diakses oleh pengangkutan darat dan sempadan-sempadan negara ketiga", kata Silva.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…