Pemilik Kia Grand Carnival menang Rio Sedan sempena Malaysia Autoshow 2016

oleh Careta.my|
Grand-Carnival-menang-Rio-Sedan
Grand-Carnival-menang-Rio-Sedan
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dr Atiqah Farah Zakaria nampaknya memiliki dua buah kenderaan Kia serentak apabila beliau memenangi sebuah Kia Rio Sedan sempena pertandingan Buy a Car, Win a Kia yang ditaja oleh Naza Kia Malaysia Sdn Bhd sempena Malaysia Autoshow 2016 Pakar telinga, hidung dan tekak itu memenangi Rio Sedan berharga RM74,000 sewaktu beliau membuat tempahan Kia Grand Carnival pada pameran kereta yang berlangsung pada tahun lalu. Dr Atiqah menerima hadiah itu daripada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Bahagian Automotif, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George sempena pelancaran Malaysia Autoshow 2017 yang diadakan kelmarin.

Pemilik Kia Grand Carnival menang Rio Sedan sempena Malaysia Autoshow 2016.2017.02

"Ini adalah kejutan yang istimewa dan kebetulan yang menggembirakan kerana saya memenangi sebuah lagi kereta Kia dan pada masa yang sama telah menempah Grand Carnival pada Autoshow lepas," kata Dr Atiqah. Ibu kepada lima orang cahaya mata itu berhasrat untuk menggunakan Rio yang dimenanginya ke tempat kerja sementara Grand Carnival akan digunakan pada hujung minggu atau pulang ke kampung beliau di Melaka. Tahniah kami ucapkan! Penulis: Muhammad Md Tajudin