Pemilik kereta tuntut ganti rugi RM12,737 dari pemilik kucing kerana calarkan kereta

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki dilaporkan memfailkan saman ganti rugi sebanyak 100,000 baht (RM12,737) ke atas jirannya selepas seekor kucing milik keluarga itu memanjat dan mencalarkan dua kereta mewahnya, lapor laman berita Thaiger semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemilik kucing itu memuat naik sebuah video di TikTok yang menyatakan bahawa jirannya menuntut wang pampasan kerana membiarkan haiwan peliharaannya keluar ke kawasan awam lalu menyebabkan kerosakan pada harta benda orang lain.

 

Wanita itu menambah bahawa dia sanggup membayar ganti rugi untuk membaiki kesan calar yang dilakukan oleh kucingnya tetapi pada harga yang berpatutan.

 

Laporan mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada Oktober 2020 apabila seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membiarkan kucing peliharaan keluar dari rumah. 

 

Petang itu, seorang pemilik kereta menghantar sebuah video yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV), menunjukkan kucing peliharaannya duduk di atas dua kereta sport berwarna hitam dan kuning.

 

Pemilik kucing itu bersama keluarganya ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan tetapi hanya menemui kesan kotoran dari tapak kaki kucing itu. 

 

Pemilik kucing tersebut telah berkongsi dengan pihak media Thailand bahawa mereka telah cuba mencapai kata sepakat dengan jirannya. 



Malah mereka telah pun membayar denda sebanyak 500 baht di balai polis kerana membiarkan haiwan peliharaan keluar bersendirian dan telah ke mahkamah sebanyak dua kali. 


Walau bagaimana pun pemilik kenderaan/jiran tersebut tidak pernah hadir di mahkamah dan masih terus mendesak supaya pemilik kucing tersebut membayar tuntutannya.

 

Kisah tersebut dikongsikan secara meluas di Thailand dan laporan terbaharu mendapati pemilik kereta sport tersebut telah meminta maaf dan menarik balik samannya.

 

 

 

 

 

 

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampak macam Tesla Cybertruck, tapi ia sebenarnya merupakan sebuah kotak bertemakan Cybertruck yang…
Berita Global
Seorang pemilik Toyota Supra 1989, Leiz terpaksa menjual kereta sports yang dimiliknya sejak tahun…
Berita Global
  Media tempatan melaporkan keadaan bertukar kecoh selepas 'penumpang tidak diundang dan tidak…