Pemilik kereta mewah 1,500 cc ke bawah tidak dapat subsidi petrol - Lim Guan Eng

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik kereta mewah berkapasiti enjin 1,500 cc ke bawah tidak layak menerima subsidi petrol bersasar, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini sekaligus menolak isu yang berbangkit mengenai pemilik kereta mewah termasuk BMW dan Mercedes Benz menikmati subsidi tersebut selaras dengan peruntukan bersasar dan bukannya tersasar.

Dalam satu perkembangan lain, kerajaan telah membuat keputusan untuk mengekalkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing pada RM2.20 seliter serta RM2.18 seliter walaupun harga sebenar di pasaran meningkat selari dengan harga minyak mentah.

Walau bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang dalam usaha mengkaji dan memperhalusi sistem subsidi petrol dengan mekanisma terperinci mengenai perlaksanaan subsidi bersasar termasuk dari aspek model kereta - BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dengan membenarkan RON95 pada harga pasaran pada Jun ini, kesannya adalah kadar inflasi…
Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…
Berita Domestik
Untuk itu, Rafizi berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan pendaftaran dan kemas kini Pangkalan…