PEMILIK KENDERAAN PERODUA? JENAMA ALAT GANTI PROGANTI INI KHUSUS UNTUK PERODUA ANDA

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tahukah anda jumlah jualan kenderaan (penumpang dan perdagangan) dua tahun kebelakangan ini melepasi angka setengah juta unit?

Lebih tepat jualan pada 2017 ialah sebanyak 576,625 unit manakala 2018 pula berjumlah 598,714 unit.

Industri automotif benar-benar memberi pulangan lumayan kepada ekonomi negara melalui pelbagai cabang perniagaan di dalamnya.

Di antara bidang tersebut ialah penjualan alat ganti sama ada untuk kenderaan baharu atau terpakai.

Bayangkan alat ganti yang mudah seperti bilah penggilap cermin diperlukan untuk jutaan kereta setiap tahun!
Perodua Myvi

Jumlah yang besar tersebut menarik perhatian pengilang dan peniaga untuk merebut peluang sama ada sebagai pembekal OEM (pengilang komponen asal) atau alat ganti pihak ketiga.

Jika anda biasa menghantar kereta ke bengkel luar (bukan pusat servis rasmi) untuk pembaikan, soalan yang kerap ditanya ialah mahu alat ganti baik punya atau biasa?

Apabila ditanya soalan begitu selidiki dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan “baik punya” dan “biasa”.

Kedua-dua frasa tersebut memberi makna berbeza dari segi harga dan kualiti.

 

Proganti

 

Untuk memudahkan pelanggan dan supaya tidak keliru, Perodua sebagai pengeluar kenderaan terlaris sejak lebih sedekad lalu telah mengeluarkan jenama alat ganti dengan jenama PROGANTI pada harga berpatutan.

PROGANTI dikeluarkan dan diuji mengikut piawaian Perodua oleh itu kualitinya terjamin.

Senang cerita apabila hendak tukar alat ganti tidak perlu pening kepala memikirkan jenama atau ketahanan memandangkan Perodua sudah siap-siap menyediakan alat gantinya sendiri.

Talisawat V Penapis Udara Cakera Brek
Talisawat V, Penapis Udara dan Cakera Brek

 

Contohnya begini, apabila anda mahu menukar pelapik brek (brake pad), sudah pasti terlalu banyak pilihan di pasaran dalam membuat keputusan. Harga pula berbeza-beza.

Hendak mencuba takut tidak menjadi atau kualitinya berbeza daripada komponen asal. Oleh itu ambil sahaja jenama PROGANTI kerana ia mempunyai kelebihan seperti berikut:

  • Alat ganti servis alternatif oleh Perodua

  • Harga mampu milik dan boleh dipercayai

  • Jaminan selama enam bulan!

  • Jaminan kualiti - Diuji mengikut piawaian Perodua

Sekejap! Kualiti PROGANTI sama atau tidak dengan dengan komponen asal (OEM) masa kereta keluar kilang dahulu?

Pad brek motor kipas klac magnet kit klac
Pad brek, motor kipas, klac magnet, kit klac

 

PROGANTI  sememangnya dibangunkan sebagai gantian kepada komponen OEM khusus untuk wear and tear pada harga mampu milik dan mengikut piawaian Perodua.

Apa yang penting di sini PROGANTI  adalah jenama dan komponen yang diuji mengikut piawaian Perodua dan diperakui selamat dan memberi nilai yang baik untuk kenderaan kesayangan anda.

Kondensor, Radiator, Evaporator
Kondensor, Radiator, Evaporator

 

Jika anda berhajat untuk meninjau produk yang dikeluarkan berikut ialah senarai alat ganti PROGANTI:

  • Pelapik brek (brake pad)

  • Penapis udara

  • Tali sawat V

  • Kit cekam

  • Cakera brek

  • Kipas motor

  • Radiator

  • Cekam magnet

  • Kondenser

  • Evaporator

  • Penapis receiver dryer

Seperti yang digemari ramai kenderaan Perodua mempunyai tiga karakter utama iaitu lincah, lancar dan jimat.

Untuk mengekalkan karakter tersebut pilihlah komponen berjenama PROGANTI  kerana ia khusus dibuat untuk kenderaan Perodua anda pada harga berpatutan dengan kualiti yang terjamin!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

PROGANTI

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran
    Enam varian Perodua Axia 2019 yang ditawarkan adalah :-   1.  Axia varian E transmisi…
Berita Global
Dipercayai dibina berdasarkan model konsep Daihatsu DN-Trec Concept yang dipamerkan di dalam…
Berita Domestik
Karnival ini sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini, dari 20hb-22hb September di Setia City…