Pemilik Isuzu D-Max berkonvoi raikan Hari Merdeka

oleh Firdaus Razani|
Ratusan pemilik Isuzu D-Max bersama-sama mempamerkan semangat patriotik mereka dengan menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sebagai meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun ini.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Kira-kira 3,300 peserta melibatkan sebanyak sekitar 900 unit Isuzu D-Max berkumpul di 36 cawangan Isuzu di seluruh negara, dari Alor Setar hingga ke Keningau, Sabah sebelum berkonvoi ke destinasi pilihan di kawasan masing-masing.

 

d-max
Isuzu D-Max Sabah

 

Pelbagai pengisian aktiviti turut diatur untuk peserta bersantai meraikan Hari Merdeka tahun ini, termasuklah antaranya santapan durian, merakit jeram, glamping, mencari harta karun, berkelah dan banyak lagi.

Konvoi Merdeka Isuzu 2024 meneruskan kejayaan Konvoi Merdeka 66 yang berlangsung tahun lalu yang menyaksikan penyertaan sekitar 600 buah D-Max.

 

dmax

 

Sebagai satu perhimpunan serentak yang terbesar melibatkan perarakan Isuzu D-Max di negara ini, konvoi berkenaan berhasrat untuk menghimpunkan pemiliknya disamping memperingati tarikh bersejarah berkenaan.

 

dmax

 

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe. berkata, “Susulan daripada kejayaan Konvoi Merdeka 66, pemilik D-Max telah menyuarakan kepuasan serta keinginan mereka untuk terlibat lagi dalam acara serupa yang telah berhasil memupuk pertalian lebih erat dalam kalangan mereka.

“Disebabkan itu, kami berhasrat untuk meneruskan lagi aktiviti berkenaan,” jelasnya

Beliau juga sempat melepaskan peserta konvoi di cawangan Isuzu Indah Utara di Alor Setar, Kedah yang melibatkan sebanyak 80 buah Isuzu D-Max dalam perjalanan menuju Tasoh Lake Resort di Perlis sempena acara ini.

 

dmax

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti umum tahu, sekiranya model facelift, tiada banyak perubahan yang dilakukan untuk model…
Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…