Pemilik EV dapat nikmati pengecasan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, rakyat Malaysia bakal menikmati pelbagai inisiatif dari kerajaan seperti tol percuma dan diskaun saman trafik bagi memudahkan urusan sepanjang perayaan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Bagi menambahkan lagi keseronokan pulang beraya, beberapa pengendali stesen pengecas EV turut menawarkan pengecasan percuma.

Antara pengendali stesen pengecas yang menawarkan pengecasan percuma ialah:

Shell Recharge

2

 

Melalui aplikasi ParkEasy, Shell Recharge telah mengumumkan bahawa penggunaan tujuh pengecas lebuh raya Shell Recharge akan layak menerima rebat 100% dari 19 April hingga 3 Mei 2023.

Anda masih perlu membayar caj seperti biasa, namun anda akan menerima 100% daripada jumlah yang anda belanjakan sebagai rebat selepas kempen tamat.

7 stesen Shell Recharge yang terlibat ialah:

  • Stesen Shell di Tangkak LayBy (arah selatan)
  • Stesen Shell di R&R Seremban (arah selatan)
  • Stesen Shell di R&R Tapah (arah selatan)
  • Stesen Shell di R&R Pagoh (arah utara)
  • Stesen Shell di R&R Seremban (arah utara)
  • Stesen Shell di Simpang Pulai RTC (arah utara)
  • Stesen Shell di R&R Skudai (arah selatan)

 

TNB Electron

2

 

Melalui aplikasi rakan kongsinya, Go To-U akan bekerjasama dengan semua stesen TNB Electron untuk menawarkan pengecasan percuma pada 19, 20, 21 dan 24 April, selaras dengan tarikh tol percuma.

Buat masa ini, 3 stesen pengecas TNB Electron akan terlibat iaitu:

  • R&R Ayer Keroh (arah utara)
  • R&R Tapah (arah utara)
  • R&R Paka (arah utara)

 

JomCharge

3

 

JomCharge turur mengumumkan bahawa semua khidmat pengecas semua stesen mereka di lebuhraya PLUS akan ditawarkan secara percuma 21 hingga 24 April ini.

Berikut merupakan senarai pengecas percuma JomCharge sepanjang Hari Raya:

  • Caltex Ayer Keroh (Arah Utara)
  • Caltex Ayer Keroh (Arah Selatan)
  • Caltex Bukit Gantang (Arah Utara)
  • Caltex Bukit Gantang (Arah Selatan)
  • Caltex R&R Skudai (Arah Selatan)
  • BHPetrol R&R Skudai
  • MINI R&R Skudai – berhampiran Family Mart (Arah Selatan)
  • Petronas Juru Layby (Arah Utara)
  • R&R Petronas Gunung Semanggol (Arah Selatan)
  • Petronas Gambang (Arah Selatan)
  • Petronas Pedas Linggi LayBy(Arah Utara)
  • Petronas Gambang (Arah Barat)

 

Sumber: paultan.org

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen pengecas EV pertama di Kuching itu terletak di Dataran ICOM Kuching, di mana ia merupakan…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…
Berita Domestik
"Tesla dikehendaki memasang sekurang-kurangnya 50 super charger menjelang tahun 2026, dan 30…