Pemilik Camry putih berjaya ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih yang menyebabkan kemalangan di laluan Karak menghala ke Kuala Lumpur, sekitar jam 3 petang hari ini telah berjaya ditangkap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohd Daud berkata, pemandu kenderaan itu kini sedang disiasat oleh pihak polis.

"Pelaku berjaya ditangkap dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Petang tadi tular satu rakaman di media sosial apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih bertindak melalui lorong kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan kepada seorang penunggang dan pembonceng motosikal di laluan Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Dua video berdurasi masing-masing seminit itu tular dengan meminta orang ramai menularkannya agar pelaku dapat dikesan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sebuah video mempamerkan tindakan pemandu Toyota Camry tersebut cuba memotong kenderaan dengan memasuki sebelah kiri laluan kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan kepada motosikal yang datang dari arah belakang.

Sumber: Sinar Harian