Pemilik Bugatti ini jelaskan kenapa beliau ada tiga unit Bugatti yang 'rare'

oleh Mohamad Hanif|
Manny Khoshbin boleh dikatakan sebagai salah seorang pemilik serta peminat Bugatti sejati di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenapa kami katakan sedemikian?

Ini kerana CEO syarikat The Khoshbin Company yang memiliki kira-kira 204,386 meter persegi tanah di enam buah negeri di Amerika Syarikat itu bukan sahaja kaya, malah memiliki tiga unit Bugatti di dalam garajnya.

Ketiga-tiga unit Bugatti yang eksotik itu bukan sebarangan, setiap satunya merupakan binaan one-off yang memiliki keistimewaan tersendiri.

 


Beliau memulakan koleksi Bugatti dengan mendapatkan sebuah Bugatti Veyron Mansory Linea Vincero d'Oro (ya tuhan panjangnya!) tahun 2008 yang lengkap dengan binaan gentian karbon penuh serta elemen emas.

Pakej Mansory itu sahaja menambah nilai sebanyak $1 juta (RM4.34 juta) ke atas nilai Veyron sedia ada.

 


Kereta kedua merupakan sebuah lagi binaan one-off Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse "Rembrandt" - hanya tiga unit sahaja dibina dan unit yang beliau miliki merupakan satu-satunya unit di Amerika Syarikat.

Akhir sekali, Bugatti Chiron Hermes Edition yang dibina dengan kerjasama jenama barangan mewah Hermes dan mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan!

Jadi, kenapa beliau memilih untuk memiliki tiga unit Bugatti yang sangat 'rare' ini?

 


Selain daripada jawapan "saya memang mampu", dan "kereta-kereta ini unik", Khoshbin mengakui beliau melihat Bugatti sebagai sebuah simbol kejayaaan.

Namun, di pengakhiran video tersebut, terdapat sebab sebenar kenapa beliau layak untuk mengatakan sedemikian.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…