Pemilik BMW ini berjaya memadamkan kebakaran keretanya - dengan air najis

oleh Mohamad Hanif|
Dalam situasi kecemasan, apa juga ikhtiar dan usaha adalah penting demi menyelamatkan harta benda daripada musnah sepenuhnya.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Apatah lagi apabila kenderaan yang kita naiki tiba-tiba disambar api yang berpunca dari ruang enjin. 

Dalam satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini, pemilik BMW di Romania dikatakan mengalami masalah apabila kenderaan yang dinaikinya mengalami kebakaran di tepi jalan. 

Memandangkan kawasan tersebut sukar untuk mendapatkan air, pemilik BMW tersebut mengambil satu langkah berani - meminta bantuan daripada trak septik!

Nasib beliau baik apabila pemandu trak tersebut dengan bermurah hati berhenti bagi memberikan bantuan dengan menyembur sisa-sisa kumbahan daripada tangki trak tersebut demi memadamkan kebakaran. 

Kebakaran tersebut berjaya dikawal dengan baik, namun sanggupkah pihak bengkel menerima kenderaan beliau untuk dibaiki?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih 2,000 komponen motosikal elektrik turut musnah dalam kebakaran itu, kata media kerajaan.…
Berita Global
"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah…
Berita Global
Sebuah platform dagangan kereta terpakai kedua terbesar di Korea Selatan, K Car, melaporkan…