Pemilik BMW guna nombor plet 'fancy' disaman RM300

oleh SALINA JALIL|
Pemilik kereta mewah BMW yang menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi atau 'fancy' seperti tular di media sosial, dikenakan saman berjumlah RM300.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima aduan berhubung rakaman video berdurasi 0.11 saat yang menunjukkan kereta berkenaan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Bertindak atas aduan, pemilik kenderaan iaitu wanita berusia 32 tahun hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar, jam 2.45 petang hari ini. Hasil siasatan, wanita itu mengaku kenderaan terbabit miliknya.

 

"Polis mengeluarkan saman atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan pemandu sudah menukar semula ke nombor pendaftaran yang asal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

 

Katanya, dia meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, siasatan lanjut dilakukan segera susulan dakwaan kejadian berlaku berhampiran Kuala Woh…
Berita Domestik
  “Kome yang pergi Manjung hari-hari, habis ‘crack’ (retak),” katanya dalam rakaman tersebut.…
Berita Domestik
  "Berdasarkan rakaman video itu menunjukkan kereta tersebut dipandu melawan arus dari arah Teluk…