Pada Sabtu lalu kira-kira 12 tengah hari, seorang lelaki berusia 40-an datang ke bengkel mangsa untuk membaiki kerosakan kereta yang dianggarkan bernilai RM38,000.
Kira-kira 8 malam Selasa, pelanggan yang sama datang semula ke bengkel itu bersama rakannya berusia 40 tahun dan berpura-pura mahu memandu uji keretanya.
Pemilik bengkel telah menyuruh pekerjanya, lelaki berusia 23 tahun untuk mengikuti suspek ketika ujian pemanduan kerana bimbang pelanggan itu melarikan kereta tanpa membuat bayaran.
Ketika di kawasan Taman Bukit Kempas, suspek meminta pekerja bengkel itu memeriksa but kereta, namun rakan suspek tiba-tiba menyembur pemedih mata ke arah pekerja bengkel sebelum melarikan kenderaan berkenaan.
Mangsa (pemilik bengkel) cuba menahan kereta dipandu suspek yang melintasi bengkelnya dengan berpaut pada cermin sisi kereta di lampu isyarat tetapi cuba dilanggar oleh suspek.
"Seorang lagi pekerja bengkel berusia 29 tahun cuba mengejar suspek dengan menunggang motosikal tetapi dihimpit kenderaan dipandu suspek sehingga terjatuh," katanya.
Balveer Singh berkata, akibat kejadian itu, mangsa dan dua pekerjanya mengalami kecederaan, manakala kerugian dianggarkan RM43,000.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 324 kanun sama. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nazarul Izwan Abdul Manaf di talian 019-3811817.
Artikel dari Harian Metro