Pemeriksaan percuma Proton di seluruh negara dan stesen Petronas terpilih - siap hadiah percuma!

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton turut menganjurkan kempen servis kenderaan untuk pelanggan mereka. Mulai sekarang sehingga 15 Jun, Proton memberikan pemeriksaan 20-point percuma di kesemua pusat servisnya di seluruh negara.

Pemeriksaan itu termasuk oeprasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk pada panel instrumen, talipinggang keselamatan, bateri, bilah pengelap cermin, minyak pelincir enjin, cecair penyejuk dan lain-lain.

Untuk memudahkan lagi pelanggannya melakukan pemeriksaan tersebut, terutama mereka yang melakukan perjalaan saat-saat akhir ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur, Proton bekerjasama dengan Petronas di mana pasukan perkhidmatan Proton akan berada di stesen-stesen terpilih Petronas untuk melakukan pemeriksaan tersebut. 

Di bawah ialah senarai stesen Petronas terpilih tersebut.

 

 

Kepada mereka yang menghantar Proton mereka untuk diservis menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan Syntium SE 800 di mana-mana pusat servis cawangan Proton, mereka layak menerima sekaki payung eksklusif dan satu set pemutar skru jenama Rolston.

Tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2018 atau sementara stok masih ada.

 

 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel mereka di [email protected] Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. 

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Lebih kurang 30 kelab kenderaan menyokong aktiviti tersebut dan ia tidak hanya membabitkan…
Berita Domestik
Pertengahan bulan yang lalu, kami diberikan peluang untuk menemuramah Encik Shantanu Majumdar,…
Hezeri Samsuri
Malaysia contohnya sudah mempunyai spesifikasi dan standard homologasi yang paling ketat dan paling…