Pemeriksaan kenderaan percuma di Puspakom sebelum bercuti sempena Tahun Baru Cina

oleh SALINA JALIL|
Menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan menganjurkan Kempen #drivesafenoregrets iaitu Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma bagi pemilik kenderaan persendirian akan bermula pada 25 Januari hingga 4 Februari 2019, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di semua cawangan Puspakom di seluruh negara, kecuali Shah Alam, Lahad Datu dan Pasir Gudang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom juga akan menawarkan pemeriksaan percuma di lokasi berikut dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Orang ramai digalakkan untuk memeriksa kenderaan mereka secara percuma sempena kempen ini seperti mana tetera di lokasi dan tarikh yang berikan di bawah:

 

Tarikh Lokasi
 25 - 27 Januari 2019  

- Shell Jelutong, SH Jelutong Expressway (Milyar Mutiara Enterprise) Jalan Perusahaan Jelutong, Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 11600 George Town, Malaysia)

28 - 29 Januari 2019  

-    Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor

29 -31 Januari 2019

-   Shell Ipoh, SH NTI Jalan Tasek (SSS ENERGY RESOURCES, PT251113, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak)

1 - 2 Februari 2019

-    Parkir Tesco Extra, Selayang

 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Shukor Ismail, kempen #drivesafenoregrets ini merupakan salah satu komitmen dan tanggungjawab korporat Puspakom dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan bagi memastikan keselamatan sewaktu berada di jalan raya ketika musim perayaan.

 

“Kami berasa gembira kerana ribuan pemilik kenderaan persendirian mengambil peluang inisetiap kali pemeriksaan percuma ditawarkan. Statistik kami menunjukkan kempen pemeriksaan percuma sempena musim perayaan pada tahun 2018 mencatat sebanyak 4,270 buah kenderaan persendirian, iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus (50%) berbanding hanya 2,822 buah kenderaan pada 2017. 
 

Ternyata usaha yang dijalankan oleh Puspakom berkesan dalam memupuk kesedaran keselamatan kenderaan dengan meningkatnya jumlah kenderaan yang diperiksa setiap tahun,” kata Shukor.

 

“Semua pemandu kenderaan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan kenderaan mereka terjamin di jalan raya. Kami percaya kadar kemalangan dapat dikurangkan sekiranya setiap pemandu mengambil berat terhadap keselamatan kenderaan masing-masing,” ujar Shukor lagi.

 

Sempena kempen ini, Puspakom juga menganjurkan pertandingan Instagram 'Snap & Win' dan pertandingan Facebook 'Share & Win', di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperti Huawei Y9 Smartphone, Lenovo Tab 7 Essential,Full HD 1080 DVR Dash Cam, Smart Watch dan juga kad Touch’n Go Puspakom Eksklusif bernilai RM88.


Pelanggan yang hadir menjalani pemeriksaan percuma ini akan diberi keutamaan tanpa perlu menunggu dan membuat sebarang temujanji, serta tidak memerlukan sebarang dokumen.

 

Pemeriksaan kenderaan sukarela ini merangkumi ujian pengeluaran asap, suspensi, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek dan ketelusan cahaya cermin. Laporan pemeriksaan akan diserahkan kepada pelanggan sejurus selesai pemeriksaan dan boleh dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan pelanggan membuat penyelenggaraan dan pembaikan selanjutnya terhadap kenderaan mereka.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pemeriksaan percuma #drivesafenoregrets ini,
para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang PUSPAKOM di https://www.puspakom.com.my atau Facebook rasmi Puspakom.

 

*MAKLUMAT TAMBAHAN


Puspakom akan melanjutkan waktu operasi di cawangan PUSPAKOM Petaling Jaya pada hari Ahad, 27 Januari 2019 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang khas untuk Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM), Dual Blessing Bhd dan Persatuan All Women’s Action Society (AWAM). 

 

Lanjutan waktu operasi ini adalah sebahagian daripada inisiatif Puspakom dalam menjalankan tanggungjawab korporat terhadap masyarakat khususnya golongan yang kurang bernasib baik. Kami berharap melalui kempen ini, ahli-ahli POCAM dan AWAM dapat memanfaatkan kempen ini dengan memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu di jalan raya sepanjang perjalanan balik kampung di musim perayaan ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…