Pemenang utama "Wave & Win" bawa pulang Mercedes Benz C 200 AMG

oleh Mohamad Hanif|
Chevron Malaysia Limited, pemegang hak pemasaran jenama Caltex di Malaysia telah menyampaikan hadiah utama kepada pemenang peraduan "Wave & Win" dengan kerjasama Visa.

Pemenang hadiah utama, Gary Yeap Zak Wang dari Pulau Pinang membawa pulang sebuah Mercedes Benz C 200 AMG sebagai tanda penghargaan beliau menggunakan pembayaran tanpa sentuh (contactless) di stesen minyak Caltex.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengurus Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang utama peraduan "Wave & Win", Gary Yeap Zak Wang.

Menerusi kempen ini, Chevron Malaysia ingin menggalakkan para pengguna melakukan pembayaran melalui Visa payWave ketika mengisi bahan api di Caltex. 

"Kami di Visa ingin menawarkan cara pembayaran yang mudah dan cepat kepada semua pemegang kad Visa di Malaysia bagi memperkukuhkan lagi pertumbuhan pembayaran elektronik di Malaysia sejajar dengan visi Bank Negara Malaysia," tambah beliau.

 

Menurut Pengurus Kewangan Chevron Malaysia Limited, Thilaghan Mohanadas berkata: "Sebagai pembekal bahan api pertama di Malaysia yang memperkenalkan sistem pembayaran Visa payWave, kami percaya dengan sistem ini bakal memberikan kepuasan kepada pelanggan dari segi perjalanan yang menggembirakan di samping menjimatkan masa mereka."

Ketika ditemuduga berkenaan kemenangannya, Gary Yeap menjelaskan: "Memenangi sebuah kereta baru dan StarCash yang bernilai RM10,000, Caltex sememangnya membuatkan perjalanan hidup saya lebih bermakna."

"Sejak saya mula memandu, stesen minyak Caltex sememangnya menjadi pilihan saya. Di tambah pula dengan pilihan pembayaran tanpa sentuh oleh Visa, ini memudahkan urusan saya ketika mengisi minyak," tambah beliau.

Sepanjang tempoh kempen, sebanyak 32 orang pemegang kad Visa yang membuat pembelian sebarang bahan api Caltex atau barang runcit di Mart telah dipilih bagi memenangi hadiah bulanan berupa StarCash bernilai RM5,000. 

Untuk sebarang promosi berkaitan, pembaca boleh melayari laman web www.caltex.com.my atau melayari laman Facebook Caltex Malaysia di alamat www.facebook.com/Caltex.Malaysia