Pemenang utama “SMS & Win” bawa pulang Honda Jazz baharu

oleh SALINA JALIL|
Bersempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pihak Honda Malaysia telah melancarkan peraduan SMS & Win bagi meraikan pelanggan setia mereka. Majlis meraikan para pemenang itu telah disempurnakan di Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd di sini baru-baru ini. Pemenang utama, Hasmawati Bt Husin membawa pulang sebuah Honda Jazz 1.5L manakala lima orang pemenang hadiah penghargaan masing-masing membawa pulang telefon pintar iPhone X.

Peraduan “SMS & Win” yang diadakan bermula 22 Januari sehingga 11 Mac 2018 telah menerima lebih 43,000 penyertaan di kalangan pemilik Honda seluruh Malaysia. Hanya 1,006 penyertaan telah dipilih untuk memenangi jumlah keseluruhan hadiah yang bernilai RM198,255.00. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah sebuah Honda Jazz, telefon pintar iPhone X, dan sijil simpanan premium Bank Simpanan Malaysia (BSN).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata ketika majlis menjelaskan, “Peraduan SMS & Win ini bertujuan untuk meraikan musim perayaan bersama-sama pelanggan Honda. Saya amat berterima kasih ke atas sokongan daripada penyertaan di dalam kempen ini dan jutaan tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang".

 

honda 1

 

“Pihak Honda Malaysia akan terus berusaha meningkatkan kualiti produk jualan kami, serta mutu perkhidmatan selepas jualan bagi menepati kehendak pelanggan. Akhir sekali, kami mengharapkan sokongan daripada semua pelanggan bagi mencapai misi dan matlamat kami pada masa akan datang,” ujar beliau mengakhiri ucapan.

 

Pemenang utama, Hasmawati ketika ditemui berkata, “Saya amat terkejut ketika diberitahu saya memenangi Honda Jazz. Saya amat tertarik dengan keluasan dan reka bentuk sporty Jazz, khasnya warna metalik Lunar Silver. Selain penjimatan penggunaan bahan api, ciri yang paling saya gemari adalah Ultra Seats yang fleksibel untuk memaksimakan ruang kargo. Ini menjadikan Jazz pilihan yang praktikal untuk kegunaan seharian.”

Semenjak memasuki pasaran pada 2014, generasi ketiga Jazz telah dijual melebihi 57,000 unit, menyumbang kepada 13% daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia. Jumlah keseluruhan penjualan Jazz mencapai kira-kira 89,000 unit jika dikira sejak pengenalan generasi pertama Honda Jazz.

Dibina dengan konsep “Man Maximum, Machine Minimum”, Jazz menawarkan penggunaan ruang yang bijak untuk para penumpang di dalam satu pakej yang kompak. Ini menunjukkan kebolehupayaan Jazz dalam memberikan penggunaan ruang yang maksimum tanpa mengorbankan keselesaan penumpang. Di samping itu, empat konfigurasi ULTRA Seats sangat berguna di dalam pelbagai situasi yang berbeza keperluan. Dipacu oleh enjin 1.5L i-VTEC dengan teknologi Earth Dream, Jazz sememangnya sebuah hatchback yang berkuasa dan menjimatkan kos bahan api.

Layari laman web Honda Malaysia di alamat www.honda.com.my untuk maklumat lanjut berkenaan model terbaharu dan juga tempahan pandu uji di kesemua pengedar Honda berhampiran.

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…