Pemenang Utama Pulsar Dareventure bawa pulang RM5,000 dan sebuah Pulsar NS200!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rancangan realiti pertama di Malaysia, Pulsar Dareventure sudah sampai ke penghujungnya dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang acara edisi pertama.

Pemenang utama, Leong Choon Yip yang berasal dari Puchong, Selangor merangkul hadiah bernilai RM5,000 dan Modenas Pulsar NS200.

 

 

Tempat kedua jatuh kepada Paavigness Rao a/l Chandarh Roo dari Jempol, Negeri Sembilan turut membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 dan sebuah Modenas V15.

Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Nik Norparhana Yasin Binti Nik Wei, membawa pulang RM1,500 dan sebuah Modenas MR2.

Siri penggambaran sepanjang 8 episod memberikan peluang kepada peserta mengembara ke destinasi-destinasi yang menarik, di samping bersaing dalam pelbagai cabaran menguji kemahiran masing-masing.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan menyifatkan program sulung ini satu kejayaan di samping menjadikan platform untuk mempamerkan ketahanan, dan kekuatan Modenas Pulsar NS200, dan mendekati para peminat motosikal di Malaysia menerusi aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.

Edisi Pulsar Dareventure Malaysia boleh diakses di YouTube: MODENAS Malaysia

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…